Notis Privasi Volkswagen Group Malaysia

Kami di Audi Malaysia, divisyen perniagaan daripada Volkswagen Group Malaysia (“VGM”) mengambil berat atas privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Sila rujuk di bawah untuk penerangan selanjutnya:
  • “VGM” merujuk kepada Volkswagen Group Malaysia yang merangkumi pengedar-pengedar, pembekal-pembekal dan ejen pihak ketiga ;
  • “Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat, maklumat perhubungan dan maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami; dan
  • “Pemprosesan” merujuk kepada pengumpulan, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi anda atau melakukan sebarang operasi atau set operasi ke atas data peribadi yang berkaitan dengan transaksi komersil.

1. Pengumpulan data peribadi

VGM mengumpul data peribadi anda apabila anda memberikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad, sekiranya anda membeli, menggunakan produk atau perkhidmatan kami (contohnya permohonan untuk pandu uji), mendaftar dengan kami untuk menerima maklumat produk yang terkini, menjawab kaji selidik kami atau membuat aduan. Data peribadi anda juga mungkin disediakan oleh pihak ketiga (contohnya pasangan anda, syarikat dimana anda adalah pengarah, pegawai atau pemegang saham) atau kami memperoleh data peribadi anda melalui ejen-ejen pihak ketiga kami yang sah. Anda bertanggungjawab untuk memberi maklumat yang tepat, lengkap dan terkini kepada VGM. Maklumat yang dikumpul adalah wajib kecuali dinyatakan sebaliknya. Jika anda gagal memberi maklumat wajib yang kami perlukan, ia boleh mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang diminta atau memproses transaksi yang berkaitan.

2. Maklumat yang dikumpul dari laman web kami

Apabila anda melawat laman web kami, alamat IP anda akan direkodkan secara automatik dalam log kami. Kami hanya akan mengetahui nama Penyedia Perkhidmatan Internet (“ISP”), laman web yang digunakan untuk mengakses laman web kami dan bahagian laman web yang anda lawati. Maklumat ini akan dinilai untuk tujuan statistik. Keindividuan anda sebagai pengguna adalah terpelihara. VGM menggunakan cookie apabila anda melawat laman web kami. Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan atau tidak penggunaan cookie (sila rujuk pada tetapan web browser anda). Kami menganggap bahawa anda bersetuju dengan penggunaan cookie, sekiranya dibenarkan.

3. Penggunaan dan pendedahan data peribadi anda

Data peribadi anda akan diguna dan diproses untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan kontrak, menjawab pertanyaan anda, penilaian kepuasan pelanggan, promosi dan tujuan penyelidikan pemasaran, pengkhususan produk dan perkhidmatan kami mengikut kehendak anda dan untuk memenuhi kehendak peraturan dan segala usaha yang wajar (due diligence) bagi mana-mana activiti korporat. Oleh kerana kami menyediakan tawaran promosi khusus, kami mungkin akan menggunakan data peribadi anda untuk membina profil pengguna apabila anda melawat portal Audi. Data peribadi anda yang kami gunakan akan disimpan secara sulit. Untuk memastikan yang kami menyediakan produk dan perkhidmatan seperti disebut di atas, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada pengedar-pengedar sah VGM, pembekal-pembekal, pihak ketiga, badan kawal selia atau pihak berkuasa dan mana-mana pihak berkaitan yang VGM fikirkan perlu mendedahkan kepada mereka (sama ada di Malaysia atau di luar negara). Dari masa ke semasa, anda akan menerima komunikasi dan bahan pemasaran daripada pihak kami atau pihak ketiga lain tentang produk dan perkhidmatan VGM. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima sebarang makluman tersebut, anda boleh menarik balik persetujuan anda dengan mengunjungi pengedar kami yang berdekatan atau hubungi kami di 1800-22-2834. Kami akan mematuhi arahan anda yang terkini. Jika anda menarik balik persetujuan, sebarang promosi dan bahan permasaran daripada kami tidak akan dihantar kepada anda.

4. Keselamatan dan penyimpanan data peribadi anda

Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. Kami telah mengambil semua langkah teknikal dan fizikal yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan data peribadi anda. Jika kami mendedahkan data peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan, mereka perlu melindungi data peribadi tersebut dengan langkah-langkah yang sewajarnya. VGM akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi syarat-syarat kontrak atau mematuhi keperluan peraturan dan undang-undang serta keperluan VGM. Apabila rekod anda tidak diperlukan, kami akan memusnahkan dan memadamkan rekod anda secara kekal.

5. Hak untuk mengakses data peribadi anda

Anda boleh memohon untuk mengakses data peribadi anda yang telah diproses oleh VGM dan pihak-pihak berkaitan dengan bayaran yang ditetapkan. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan untuk mengakses data peribadi anda. Sila kunjungi pengedar kami yang berdekatan atau hubungi kami di 1800-22-2834 untuk permohonan akses secara bertulis. Sekiranya data peribadi anda yang dipegang oleh VGM tidak lengkap, tidak tepat, mengelirukan atau bukan yang terkini, anda juga boleh memohon untuk mengemaskini data peribadi anda. Sila kunjungi pengedar kami yang berdekatan atau hubungi kami di 1800-22-2834 untuk permohonan kemaskini. VGM berhak untuk menolak sebarang permohonan untuk mengakses atau mengemaskini data peribadi anda.

6. Permindaan ke atas Notis Privasi

VGM berhak untuk meminda Notis Privasi dan anda dinasihatkan untuk merujuk Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Notis Privasi ini kali terakhir dikemaskini pada May 2014.

7. Maklumat Perhubungan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 1800-22-2834 atau emel customercare@audi.com.my atau anda boleh melawat pengedar kami yang berdekatan untuk mendapatkan salinan Notis Privasi.